Loading

DATO’ ZAINUDDIN ABDUL WAHAB DILANTIK KETUA PENGARAH TOURISM MALAYSIA

Direct News Source

DATO' ZAINUDDIN ABDUL WAHAB DILANTIK KETUA PENGARAH TOURISM MALAYSIA

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) mengumumkan pelantikan YBhg. Dato' Hj. Zainuddin Abdul Wahab sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu berkuat kuasa 13 September 2021.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri telah bersetuju melantik Dato' Zainuddin secara rasmi bagi menggantikan Encik Zulkifly Md Said yang bersara wajib pada 13 September 2021. Dato' Zainuddin sebelum ini merupakan Pengarah Kanan Pengurusan Tourism Malaysia yang juga menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan).

Beliau yang telah berkhidmat selama 37 tahun dalam perkhidmatan awam, pernah menggalas jawatan Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC) sebelum dilantik sebagai Pengarah Bahagian Produksi dan Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik di Tourism Malaysia.

Dengan pelantikan tersebut, beliau akan terus membantu usaha-usaha pemulihan industri yang terkesan dengan pandemik COVID-19 sekali gus memacu perubahan ke arah digitalisasi pelancongan bagi merealisasikan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030.

This press release was sourced from Tourism Malaysia on 15-Sep-2021.